ALLAH, ISLAM, NABI, GURU, AMAN, ATMA, BANGGA, BARU, BIJAK, DANA, JAGA, KAGUM, KUASA, MAKSUM, MARAK, MARTABAT, MASA, MATANG, MURNI, PINTAR, SANGGUP, SEDIA, TAS, TERAS
Sebenarnya dalam jiwa nurani kita telah sedia ada kehebatan yang ramai yang tidak menyedari. Ibarat sebiji telur ayam yang dieram, sebaik menetas yang keluar ialah anak ayam yang sudah sedia bersifat ayam tanpa perlu diajar untuk mematuk makanan. Ayam itu hadir dengan sifat keayamannya kerana itulah hakiki untuk kejadiannya.
Sedang makhluk luarbiasa dan telah diberi jaminan. Siapa? Manusia adalah khalifah di muka bumi. Maknanya semua ciri-ciri khalifah telahpun ada. Misalnya PINTAR, Anda telahpun ada sifat pintar dan tidak perlu diajar untuk menjadi pintar kerana anda sememangnya pintar. Untuk menyatakan pintar itu atau untuk menyerlahkan sifat pintar itu, anda sendiri sudah pun tahu cara memenuhi kriteria seorang yang pintar dan menggunakannya.
Semakin anda membahas untuk menafikan penyataan ini bermakna anda adalah seorang yang PINTAR.
No comments:
Post a Comment