ARAH TUJU KEBERUNTUNGAN
Semoga
melalui maklumat yang saya sampaikan dalam buku ini, anda bakal menemui jati
diri yang sebenar, kukuh, berintegriti dan mempunyai kekuatan dalaman yang
hebat. Ramai yang tercari-cari dan telah menemui tetapi ragu-ragu untuk
mengakuinya. Akhirnya, penemuan itu hanyalah sentuhan sambil lalu sahaja.
Jika
anda gagal untuk mengetahui identiti, kekuatan dalaman anda, anda adalah
seumpama seekor harimau yang tidak menyedari anda itu adalah seekor harimau,
bahkan anda menyangka anda hanyalah seekor kucing dan paling menyedihkan apabila
anda sendiri mengakui sewaktu ada orang mengatakan anda adalah seekor tikus.
Siapakah
yang lebih mengetahui keadaan diri ada selain daripada yang telah menjadikan
anda? Jika anda sakit perut, orang yang pertama mengetahui anda sedang sakit
perut ialah diri anda sendiri. Cermin yang terang dan jelas pun gagal
menunjukkan perkara sebenar kerana yang anda pegang kanan terlihat kiri di
dalam cermin. Lalu adakah betul apabila ada orang yang menasihatkan anda untuk
Berjaya anda perlu berubah sikap.
Mereka
akan menasihati anda dengan kata-kata anda mesti ada keyakinan diri, ertinya
mereka melihat anda adalah seorang yang bersikap negative dan mempunyai senarai
inventori rendah diri.
Anda
sepatutnya menyedari dan mengakui bahawa kekuatan dalaman sebenarnya telah ada
pada setiap manusia. Seperti anak-anak harimau yang bila mana telah membesar
akan menjadi haiwan jaguh, ganas dan juara dalam perjuangan kelansungan
hidupnya. Seperti biji durian yang menyimpan kekuatan dalaman, identiti sebuah
pokok durian yang besar, teguh dan berbuat lebat.
Kekuatan
dalaman telahpun sedia ada pada diri anda. Anda lahir di muka bumi bukan
sebagai pecundang tetapi sebenarnya kehadiran anda adalah sebagai khalifah.
Semua sifat-sifat kejayaan telah siap siaga pada diri anda dan jika anda aktif
dan menampakkannya maka ramailah orang memuji anda dan berkata anda hebat.
Manakala
kalau anda seorang yang pasif dan gagal menunjukkan keupayaan sebenar anda,
anda akan digolongkan dalam golongan orang-orang yang gagal, kecundang dan
disebut anda adalah seorang yang negatif.
Biarlah
sekali lagi saya berterus terang kepada anda bahawa anda sememangnya mempunyai
kekuatan dalaman dan ianya boleh dibuktikan. Ketika anda masih berada di dalam
kandungan sehingga anda dilahirkan dan anda diberikan nama yang baik dan pada
nama anda itu adalah kekuatan dalaman. Anda mungkin tahu erti nama anda tetapi
anda tidak focus akan maknanya apabila anda dikelui oleh seseorang.
Contohnya
nama anda ialah AMSYAR yang maknanya CERGAS, tetapi apabila anda dipanggil
AMSYAR anda tetap tidak terasa apa-apa kerana anda memahami nama anda hanyalah
AMSYAR disebabkan sebutan itu dalam bahasa Arab sudah tentu rasi namanya tidak
merangsang jiwa anda untuk menjadi amsyar sebagaimana maknanya CERGAS yang
sepatutnya telah lama terjadi pada diri anda. Cuba anda di panggil CERGAS, anda
akan nampak perubahan bakalan berlaku pada diri anda dalam masa yang
cepat.
Oleh itu saya ingin
sarankan agar anda mencari makna atau maksud nama anda dan mulalah memanggil
dan menjiwai makna nama itu, anda boleh bermula minta kawan-kawan memanggil
anda mengikut pemahaman anda dengan memberi makna anda.
Mari kita lihat jika nama anda AMSYAR dengan menggunakan KOD P.RAMLEE ... apakah kekuatan dalaman anda yang telah siap siaga untuk diserlahkan.
Untuk
Nama AMSYAR ... hasil pencarian kekuatan dalaman anda yang telah siap siaga
ialah:-
ADAB, AGAMA, BAIK, BAGUS, BATAS, HUSNA, GERAK, GIRANG, JUARA,
JUGA, LASAK, MAKSUM, MALIM, MARA, MATLAMAT, MUKMIN, NADI, PANTAU, PINTAR,
SABAR, TENANG DAN TUGAS SERTA CERGAS (amsyar).
Bagi maksud yang lengkap akan diterangkan dalam posting yang akan
datang.
No comments:
Post a Comment