Tuesday, March 3, 2020

Daya usaha yang dilakukan untuk mencapai sesuatu.


KOD P RAMLEE - Daya usaha yang dilakukan untuk mencapai sesuatu.

Tahun berganti tahun dan usia anda semakin meningkat tetapi tahap pencapaian diri adalah pada takuk lama. Setiap kali tahun baru menjelang tiba, anda terus merancang atau membuat perancangan dengan tema azam baru. Diri sendiri ada kalanya menjadi seperti tertipu jika azam yang lama belum tercapai lalu kita membuat azam yang baru.

Memperbaharui azam lama yang belum tercapai, hanyalah istilah penyejuk hati dan perkara sama juga akan berlaku untuk tahun hadapan.  Ubahlah cara berfikir anda dengan mengekalkan etika kebenaran tanpa menukar sifat-sifat baik yang mana ianya perlu terus disuburkan.

Sebagai misalannya; jika menyalakan api, kayu yang sedikit tentulah apinya kecil, tambah lagi kayu hingga nyalaannya bertambah sehingga ianya mencapai tahap maksimum bakarannya, jika kayu sudah habis dijadikan longgokan, tambah lagi minyak dan tentunya nyalaannya menyambar-nyambar.
 
Begitu juga semangat yang ada pada diri kita ianya perlu didorong untuk mencapai tahap maksimum yang akhirnya pencapaian luar dari jangkaan.

Saya telah menemui satu rahsia dalam filem seniman agung P.Ramlee bertajuk 6 Jahanam.  Nama-nama watak yang diberi agak pelik. Lalu saya cuba merungkai akhirnya saya menemui satu jalan untuk membongkar kekuatan dalaman. 

Kaedah yang saya temui ini boleh anda gunakan untuk mencari permata yang tertanam dengan menggunakan apa yang saya namakan KOD P RAMLEE.

Satu perkara yang ingin saya berpesan dalam menggunakan KOD P RAMLEE ini ialah AMBIL RUGI TIDAK AMBIL PUN RUGI. (Kepada anda yang berminat boleh isikan BORANG yang tersedia).

Kini anda berpeluang untuk mencari makna yang baik bagi diri anda. Ini adalah satu usaha yang boleh dilakukan iaitu ikhtiar untuk mencapai sesuatu. Kitalah yang perlu berubah untuk mengubah sisi gelap menjadi sisi terang seterusnya menjadi bergemerlapan.


No comments:

Post a Comment