Bahasa itu adalah merupakan suatu alat pertuturan yang digunakan untuk berkomunikasi secara lisan akhirnya untuk memudahkan penyampaian dalam bentuk bertulis. Maka lahirlah simbol-simbol dan perlambangan yang mewakili sebutan dan makna. Ianya menjadi perkataan apabila digabungkan.
Sudah tentu dalam sebegitu banyak perbualan terdapat juga penyebutan yang 100 peratus serupa ejaannya, tetapi mempunyai makna yang berbeza. Persamaan ejaan dan sebutan itu membawa maksud yang berbeda. Ada yang maknanya baik dan ada yang maknanya tidak baik. Erti yang tidak sama inilah yang disebut arbitrari.

Arbitrari itu bermaksud satu bentuk yang mempunyai pengertian lebih dari satu, contohnya; AKAL ... ianya membawa maksud idea, fikiran, ikhtiar, tipu, muslihat, helah.
Dalam Kod P.Ramlee sebarang penemuan sebegini, hanya makna yang baik sahaja yang akan diambilkira kerana memang menjadi naluri manusia, sifat semulajadi makhluk atau fitrahnya adalah baik dan suci bersih kejadiaannya. Oleh itu mengambil atau menggunakan maksud yang positif sahaja bagi maksud kod ini.
Sekiranya maksud negatif yang dipilih ianya dianggap penyelewengan dan tidak dibenarkan sama sekali. Buang yang keruh ambillah yang jernih, baru teguh peribadi.
No comments:
Post a Comment