Friday, March 6, 2020

HIDUP IBARAT RODA – ANDA TERUS BERADA DI TITIK TERTINGGI SEMASA PUTARAN

HIDUP IBARAT RODA – ANDA TERUS BERADA DI TITIK TERTINGGI SEMASA PUTARAN BERADA DI BAWAH

Hidup ibarat roda, adakalanya kita di atas, adakalanya kita di bawah, bersyukurlah kerana kita masih dapat meneruskan kehidupan. 

Jiwa kita ini teramat unik. Ada saatnya kita rasa sangat bertenaga, bersemangat, tekun dan tabah. Tetapi, ada saatnya di celah-celah perjalanan kehidupan – pasti ada titik celaru, titik silang tanpa penemuan, vakum. Apa perasaan anda ketika itu? Lemah, hilang semua semangat yang berkobar-kobar, membara dan jiwa terasa amat-amat kosong. 


Ketika anda berada pada titik paling rendah, anda menyedari anda sedang lemah, anda perlukan pendorong untuk memastikan anda terus mempunyai semangat bagi meneruskan hidup anda. Anda perlu lebih kuat lagi dan sebaiknya anda perlukan kekuatan yang berganda lagi bagi memacu anda mengejar perjalanan yang anda tertinggal dan terus berada jauh lagi ke hadapan. 

Semua ini akan anda dapat atasi apabila anda menyedari kekuatan luarbiasa yang terpendam di dalam diri anda. Jangan berputus asa. Pejamkan mata, lihat di dalam minda anda. Anda seorang yang sentiasa bersyukur, sihat, mewah dengan rezeki yang melimpah ruah. 

Mari pecahkan Kod P.Ramlee pada nama anda. Untuk membongkar rahsia kekuatan anda yang selama tidak anda sedari akan kewujudannya.

No comments:

Post a Comment