Friday, March 13, 2020

ARAH TUJU KEBERUNTUNGAN

ARAH TUJU KEBERUNTUNGAN

Semoga melalui maklumat yang saya sampaikan dalam buku ini, anda bakal menemui jati diri yang sebenar, kukuh, berintegriti dan mempunyai kekuatan dalaman yang hebat. Ramai yang tercari-cari dan telah menemui tetapi ragu-ragu untuk mengakuinya. Akhirnya, penemuan itu hanyalah sentuhan sambil lalu sahaja.

Jika anda gagal untuk mengetahui identiti, kekuatan dalaman anda, anda adalah seumpama seekor harimau yang tidak menyedari anda itu adalah seekor harimau, bahkan anda menyangka anda hanyalah seekor kucing dan paling menyedihkan apabila anda sendiri mengakui sewaktu ada orang mengatakan anda adalah seekor tikus.


Siapakah yang lebih mengetahui keadaan diri ada selain daripada yang telah menjadikan anda? Jika anda sakit perut, orang yang pertama mengetahui anda sedang sakit perut ialah diri anda sendiri. Cermin yang terang dan jelas pun gagal menunjukkan perkara sebenar kerana yang anda pegang kanan terlihat kiri di dalam cermin. Lalu adakah betul apabila ada orang yang menasihatkan anda untuk Berjaya anda perlu berubah sikap.

Mereka akan menasihati anda dengan kata-kata anda mesti ada keyakinan diri, ertinya mereka melihat anda adalah seorang yang bersikap negative dan mempunyai senarai inventori rendah diri.

Anda sepatutnya menyedari dan mengakui bahawa kekuatan dalaman sebenarnya telah ada pada setiap manusia. Seperti anak-anak harimau yang bila mana telah membesar akan menjadi haiwan jaguh, ganas dan juara dalam perjuangan kelansungan hidupnya. Seperti biji durian yang menyimpan kekuatan dalaman, identiti sebuah pokok durian yang besar, teguh dan berbuat lebat.

Kekuatan dalaman telahpun sedia ada pada diri anda. Anda lahir di muka bumi bukan sebagai pecundang tetapi sebenarnya kehadiran anda adalah sebagai khalifah. Semua sifat-sifat kejayaan telah siap siaga pada diri anda dan jika anda aktif dan menampakkannya maka ramailah orang memuji anda dan berkata anda hebat.

Manakala kalau anda seorang yang pasif dan gagal menunjukkan keupayaan sebenar anda, anda akan digolongkan dalam golongan orang-orang yang gagal, kecundang dan disebut anda adalah seorang yang negatif.

Biarlah sekali lagi saya berterus terang kepada anda bahawa anda sememangnya mempunyai kekuatan dalaman dan ianya boleh dibuktikan. Ketika anda masih berada di dalam kandungan sehingga anda dilahirkan dan anda diberikan nama yang baik dan pada nama anda itu adalah kekuatan dalaman. Anda mungkin tahu erti nama anda tetapi anda tidak focus akan maknanya apabila anda dikelui oleh seseorang.

Contohnya nama anda ialah AMSYAR yang maknanya CERGAS, tetapi apabila anda dipanggil AMSYAR anda tetap tidak terasa apa-apa kerana anda memahami nama anda hanyalah AMSYAR disebabkan sebutan itu dalam bahasa Arab sudah tentu rasi namanya tidak merangsang jiwa anda untuk menjadi amsyar sebagaimana maknanya CERGAS yang sepatutnya telah lama terjadi pada diri anda. Cuba anda di panggil CERGAS, anda akan nampak perubahan bakalan berlaku pada diri anda dalam masa yang cepat. 

Oleh itu saya ingin sarankan agar anda mencari makna atau maksud nama anda dan mulalah memanggil dan menjiwai makna nama itu, anda boleh bermula minta kawan-kawan memanggil anda mengikut pemahaman anda dengan memberi makna anda.

Mari kita lihat jika nama anda AMSYAR dengan menggunakan KOD P.RAMLEE ... apakah kekuatan dalaman anda yang telah siap siaga untuk diserlahkan.



Untuk Nama AMSYAR ... hasil pencarian kekuatan dalaman anda yang telah siap siaga ialah:-

ADAB, AGAMA, BAIK, BAGUS, BATAS, HUSNA, GERAK, GIRANG, JUARA, JUGA, LASAK, MAKSUM, MALIM, MARA, MATLAMAT, MUKMIN, NADI, PANTAU, PINTAR, SABAR, TENANG DAN TUGAS SERTA CERGAS (amsyar).

Bagi maksud yang lengkap akan diterangkan dalam posting yang akan datang.



No comments:

Post a Comment