Thursday, March 7, 2002

PENDORONG SAYA - KAMARUDIN

Pertama kali saya mendengar ceramahnya, saya tersentak dengan suaranya yang kuat dan bersemangat, membuatkan saya mampu mengingati ucapannya. Ketika sesi rehat, saya mampu mengulangi patah-patah ayatnya itu di hadapan rakan-rakan yang hadir dalam kursus tersebut sehinggakan kawan saya berkata; seperti saya pula yang menulis skrip ucapan beliau.

Beliau yang saya maksukan itu berpegang kepada prinsip; BERUSAHA MENJAYAKAN DIRI, BERBUDI,BERMUAFAKAT DAN BERKHIDMAT. 

Wednesday, March 6, 2002

RUKUN ISLAM

Rukun Islam
M / F
 
rukun islam lima perkara
marilah kita mengerjakannya
M


 
pertama mengucap dua kalimah syahadat
kepada allah kita beribadat
supaya hidup kita tak sesat
dari dunia sampai akhirat
M / F
 
rukun islam lima perkara
marilah kita mengerjakannya
M


 
ke-dua sembahyang lima waktu
sujud ke hadrat allah yang satu
mengenal ia supaya tentu
dengan putih bersih di kalbu
M / F
 
rukun islam lima perkara
marilah kita mengerjakannya
M


 
ke-tiga ramdhan hendaklah puasa
lapar dahaga harus dirasa
supaya kasih sesama manusia
tauhid kepada yang maha esa
M / F
 
rukun islam lima perkara
marilah kita mengerjakannya
M


 
ke-empat fitrah dan memberi zakat
segantang beras pula disukat
tanda islam semua bersahabat
allah akan memberi berkat
M / F
 
rukun islam lima perkara
marilah kita mengerjakannya
M


 
ke-lima fardu haji ke baitullah
rukun islam sudah berjumlah
lima perkara tunailah sudah
itulah semua perintah allah
M / F
 
rukun islam lima perkara
marilah kita mengerjakannya

Music: P Ramlee
Lyrics: S Sudarmadji
Vocals: P Ramlee & Saloma
Orchestration: P Ramlee

Saturday, March 2, 2002

Makna Jahanam Pada Filem '6 Jahanam'

Seringkali kita diingatkan agar diri kita untuk sentiasa bersangka baik. 



Banyak rahsia bakalan dapat dibongkar, anda mungkin ada pandangan anda sendiri. Berikan pandangan atau pendapat anda bagaimana kita dapat membuat penggalian ilmu untuk membuka rahsia bagi memberi manfaat untuk jati diri bangsa. Atau anda boleh memberikan hasil penemuan anda untuk sama-sama kita manfaatkan.

Thursday, March 1, 2001

KOD P RAMLEE - 6 JAHANAM

JAHANAM - sekali dengar sebutan itu memang kasar. Cuba lihat apa yang disampaikan "Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam". Nyata filem yang paling banyak menggunakan nama yang pelik-pelik itu telah melontarkan satu idea yang besar iaitu 'jauhari yang mengenal manikan'.

Di sini saya mengajak anda untuk sama-sama memberi komen dan pandangan anda berhubung Kod P. Ramlee dalam filem 6 JAHANAM agar ianya dapat memberikan manfaat kepada kita bersama demi kemajuan AGAMA, BANGSA dan NEGARA MALAYSIA yang tercinta.



Wednesday, March 8, 2000

AL-FATIHAH BUAT SENIMAN AGUNG P.RAMLEE



Kepada yang membaca blog ini, dipohon sama-sama menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee (Tan Sri Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh).