Thursday, March 7, 2002

PENDORONG SAYA - KAMARUDIN

Pertama kali saya mendengar ceramahnya, saya tersentak dengan suaranya yang kuat dan bersemangat, membuatkan saya mampu mengingati ucapannya. Ketika sesi rehat, saya mampu mengulangi patah-patah ayatnya itu di hadapan rakan-rakan yang hadir dalam kursus tersebut sehinggakan kawan saya berkata; seperti saya pula yang menulis skrip ucapan beliau.

Beliau yang saya maksukan itu berpegang kepada prinsip; BERUSAHA MENJAYAKAN DIRI, BERBUDI,BERMUAFAKAT DAN BERKHIDMAT. 

Selepas tamat pengajian, saya agak rapat dengannya kerana dia adalah antara dua orang individu berprestij yang telah membalas kad raya yang saya kirimkan, walaupun saya hanyalah seorang insan kerdil yang ibarat duli sahaja. 

Sesekali saya bercakap melalui telefon bertanya khabar kepadanya dan paling mengharukan apabila dia pula lebih banyak kali menelefon dan bercakap agak lama dengan saya. Tak tahulah saya berapa bil telefon kerana bersembang dengan saya pada waktu itu.

Semoga Allah SWT menempatkan dan mencucuri rohnya bersama orang-orang yang beriman dan beramal saleh. Al-fatihah.




No comments:

Post a Comment