Thursday, March 1, 2001

KOD P RAMLEE - 6 JAHANAM

JAHANAM - sekali dengar sebutan itu memang kasar. Cuba lihat apa yang disampaikan "Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam". Nyata filem yang paling banyak menggunakan nama yang pelik-pelik itu telah melontarkan satu idea yang besar iaitu 'jauhari yang mengenal manikan'.

Di sini saya mengajak anda untuk sama-sama memberi komen dan pandangan anda berhubung Kod P. Ramlee dalam filem 6 JAHANAM agar ianya dapat memberikan manfaat kepada kita bersama demi kemajuan AGAMA, BANGSA dan NEGARA MALAYSIA yang tercinta.



Wednesday, March 8, 2000

AL-FATIHAH BUAT SENIMAN AGUNG P.RAMLEE



Kepada yang membaca blog ini, dipohon sama-sama menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee (Tan Sri Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh).

KOD P. RAMLEE - TEUKU ZAKARIA

Saya telah cuba mencari serta menganalisa huruf-huruf agar semua huruf itu dapat dijadikan perkataan yang bersesuaian untuk P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria menggunakan kaedah yang sama. Hasilnya saya mendapat keputusan seperti berikut:-


Ini adalah percubaan pertama yang saya lakukan. Mungkin anda dapat membuat yang lebih baik lagi. Selamat mencuba.

Sunday, March 5, 2000

PENEMUAN PERTAMA - SMARTS

Ketika saya membuat pencarian ... secara tidak sengaja ... saya mengabung jalin abjab-abjab yang tersebut hanya bertujuan untuk menghasilkan perkataan Melayu 100% tetapi secara tidak sengaja .... dalam membuat percubaan itu saya menemui perkataan akhir yang setelah berkali-kali saya cuba dan tinggal 6 huruf - A,M,R,S,S dan T. Saya juga buat perkataan TAS, SAT, MAS, tetapi masih ada baki lagi huruf yang tidak terkeluar bahasa Melayu apabila disusun tetapi gabungan itu menjadi SMARTS >> Dalam bahasa Inggeris membawa maksud  intelligence, smartness - kebijakan, kepandaian, kepintaran, kecerdikan .... pada saya penemuan ini merupakan permata seniman agung P.Ramlee yang ingin disampaikan kepada anda semua kerana anda boleh mencapai tahap itu jika anda bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara yang anda ingin lakukan.


Saya akan membuat elaborasi bagi perkataan-perkataan berikut dalam posting saya yang akan datang.
AMAN, ANGGUN, BAGUS, BAIK, BIJAK, BUAT, DAMAI, ISLAM, KAGUM, KARMA, LASAK, MAJU, MANTAP, MATANG, PANDAI, RIANG, SABAR, SAMARATA, SEGAR, TEGUR, TUHAN, ULAMA, SMARTS.

Agar tidak ketinggalan. Daftarkan email anda untuk mendapat setiap posting daripada blog saya ini.



Wednesday, March 1, 2000

KOD P RAMLEE



P. Ramlee adalah seorang genius Melayu. Beliau adalah Lagenda bangsa Melayu, merupakan seorang intelek perfileman Melayu yang sangat hebat pada zamannya. Kehebatannya bukan sahaja pada ketika itu tetapi telah melangkaui zamannya. 

Filem-filem yang dihasilkannya diminati oleh pelbagai bangsa dan masyarakat di semua peringkat umur. Bahkan kanak-kanak yang dilahirkan selepas 1973 juga tergolong dalam kelompok yang menggemari filem beliau.

Bagi penonton yang meminati filem P. Ramlee pasti akan bertemu babak-babak yang menyelitkan idea ke depan yang tidak terfikir pada masa itu tetapi ianya telah terjadi waktu kini. Oleh kerana idea yang disampaikan pada waktu itu terlalu maju dan tidak difahami lagi.