Wednesday, March 1, 2000

KOD P RAMLEE



P. Ramlee adalah seorang genius Melayu. Beliau adalah Lagenda bangsa Melayu, merupakan seorang intelek perfileman Melayu yang sangat hebat pada zamannya. Kehebatannya bukan sahaja pada ketika itu tetapi telah melangkaui zamannya. 

Filem-filem yang dihasilkannya diminati oleh pelbagai bangsa dan masyarakat di semua peringkat umur. Bahkan kanak-kanak yang dilahirkan selepas 1973 juga tergolong dalam kelompok yang menggemari filem beliau.

Bagi penonton yang meminati filem P. Ramlee pasti akan bertemu babak-babak yang menyelitkan idea ke depan yang tidak terfikir pada masa itu tetapi ianya telah terjadi waktu kini. Oleh kerana idea yang disampaikan pada waktu itu terlalu maju dan tidak difahami lagi. 


Gelak ketawa dan senyuman sinis pada waktu dahulu menjadi buah fikiran yang bernas semasa kini. P. Ramlee mengajar makna ketepatan dalam dialognya. Comtohnya walaupun mudah dan simple, kes buat sambal belacan mestilah meletakkan belacan. Di situ apa yang ditekankan ialah melaksanakan kejujuran pada perkara kecil akan membawa kepada perkara yang lebih besar.

Terdapat banyak maklumat yang diberikan oleh P.Ramlee, namun untuk mengetahuinya ianya adalah sesuatu yang abstrak. Maklumat awal yang disampaikan itu telah menjadikan masa sebagai aset untuk mendapat jawapannya.

Melalui blog ini, saya akan cuba membongkar apa yang saya namakan sebagai KOD P. RAMLEE. Saya bukanlah pakar tetapi sebagai permula dalam mencari permata yang tersembunyi untuk tatapan dan dijadikan panduan atau pedoman generasi akan datang. Kepada bakal LAGENDA, anda sedang kami cari.

Pada saya filem-filem P.RAMLEE mempunyai unsur 'nostradamus' dan bagi saya pula filem P.RAMLEE yang paling banyak mempunyai KOD RAHSIA ialah filem "6 JAHANAM".




No comments:

Post a Comment