Mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa nama anda atau nama setiap orang mempunyai rantaian maksud baik dalam KOD P.RAMLEE. Sisi baik nama anda itu seumpama rahsia DNA yang tersembunyi di sebalik nama anda.
Mungkin anda menganggap ianya hanyalah pendapat saya sahaja. Okey, tidak mengapa ... katakanlah apa yang saya katakan ini hanyalah omongan sahaja. Tetapi tidaklah menjadi suatu kesalahan kalau saya hanya memberitahu ini hanyalah pendapat atau akalan saya sahaja.
Baik ... sebenarnya; saya ingin berkawan dengan anda dan mengajak anda untuk suatu permainan yang mudah. Analogi saya hanyalah begini, AMBIL TAHU RUGI TIDAK AMBIL TAHU PUN RUGI. Jadi apa salahnya kalau anda mencuba.
KAEDAHNYA:-
Langkah I:
Ambil setiap abjad bagi setiap watak dalam filem '6 Jahanam'. Senarai nama bagi semua nama watak dalam filem tersebut adalah seperti berikut;
SULTAN
MAHAGURU SANGGABUANA
TANTARI
MASMERA
MASTIKA
TAUKE GAMBAR
1. Eja nama anda;
2. Potong setiap huruf yang diambil untuk mengeja nama anda.
3. Sekiranya ejaan pada nama anda ada mempunyai huruf yang tiada dalam senarai tersebut, seperti C, F, O, Q, V, W dan Z .... maka bulatkan huruf itu sebagai huruf pinjam.
4. Sekiranya ejaan nama anda menggunakan huruf yang lebih daripada stok, huruf tambahan itu akan dikirakan sebagai huruf pinjam juga dan dibulatkan.
4. Sekiranya ejaan nama anda menggunakan huruf yang lebih daripada stok, huruf tambahan itu akan dikirakan sebagai huruf pinjam juga dan dibulatkan.
5. Gunakan baki abjab yang tinggal untuk mencari dan menulis sifat-sifat baik, hebat, bagus untuk anda. Eja seberapa banyak perkataan yang mempunyai unsur positif dan pastikan tiada satu huruf pun yang tertinggal.
6. Anda boleh mengubah perkataan yang telah dibuat bagi memastikan semua huruf dapat dihadamkan menjadi perkataan yang baik dan terbaik.
7. Selamat mencuba. Jika tidak dapat disempurnakan. Pastikan bilangan abjad yang tertinggal hanyalah paling minimum.
8. Boleh juga kirimkan nama anda untuk saya cuba selesaikan.
8. Boleh juga kirimkan nama anda untuk saya cuba selesaikan.
No comments:
Post a Comment