Friday, May 15, 2020

Dua Kalimat Ringan Tapi Sangat Dicintai Allah dan Berat Pada Timbangan

سُبْحَانَ اللَّهِ وبِحَمْدِهِ - سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Subhaanallaahi Wa Bihamdihi Subhaanallaahil 'Adzim
"Maha Suci Allah dan segala puji untuk-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Agung."

Sumber Zikir
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, ia berkata: Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,
كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ثَقِيلَتَانِ فِي الْمِيزَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ : سُبْحَانَ اللَّهِ ، وبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
"Dua kalimat yang ringan diucapkan lisan, berat ditimbangan, dan dicintai oleh Al-Rahman (Allah): Subhaanallaahi Wa Bihamdihi Subhaanallaahil 'Adzim." (HR. Muttafaq 'Alaih)
"Kalimatan, habibatan, ila ar-Rahman, khafifatan 'ala lisan, taqilatani fil mizan -
SubhanalLah wabihamdih, SubhanalLahil 'azhim.

Tuesday, March 24, 2020

Antara Kod Amaran


Kod ini ditemui dalam filem Anak Bapak (1968). Siapa sebenarnya yang menjadi pengampu.

Kekuatan Dalaman Yang Sedia Ada - Penemuan 2



ALLAH, ISLAM, NABI, GURU, AMAN, ATMA, BANGGA, BARU, BIJAK, DANA, JAGA, KAGUM, KUASA, MAKSUM, MARAK, MARTABAT, MASA, MATANG, MURNI, PINTAR, SANGGUP, SEDIA, TAS, TERAS

Sebenarnya dalam jiwa nurani kita telah sedia ada kehebatan yang ramai yang tidak menyedari. Ibarat sebiji telur ayam yang dieram, sebaik menetas yang keluar ialah anak ayam yang sudah sedia bersifat ayam tanpa perlu diajar untuk mematuk makanan. Ayam itu hadir dengan sifat keayamannya kerana itulah hakiki untuk kejadiannya.

Thursday, March 19, 2020

Makna PHD Untuk Anda

Biarpun dari segi akademik kita belajar tidak sampai peringkat PHD tetapi kita mampu memiliki sesuatu yang amat berharga. Hanya orang yang benar-benar bertuah dapat memiliki PHD ini. Hanya insan yang benar-benar mengenali dirinya sahaja yang akan dapat memilikinya.


Orang yang hidupnya mengutamakan agama akan dapat memberi faedah dan keberuntungan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara serta kebaktian untuk faedah sejagat.

Kunci utama kepada kejayaan ialah benar, jujur, amanah, bijaksana.


Saturday, March 14, 2020

BAHASA ADALAH SESUATU YANG ARBITRARI

Bahasa itu adalah merupakan suatu alat pertuturan yang digunakan untuk berkomunikasi secara lisan akhirnya untuk memudahkan penyampaian dalam bentuk bertulis. Maka lahirlah simbol-simbol dan perlambangan yang mewakili sebutan dan makna. Ianya menjadi perkataan apabila digabungkan.

Sudah tentu dalam sebegitu banyak perbualan terdapat juga penyebutan yang 100 peratus serupa ejaannya, tetapi mempunyai makna yang berbeza. Persamaan ejaan dan sebutan itu membawa maksud yang berbeda. Ada yang maknanya baik dan ada yang maknanya tidak baik. Erti yang tidak sama inilah yang disebut arbitrari.

Arbitrari itu bermaksud satu bentuk yang mempunyai pengertian lebih dari satu, contohnya; AKAL ... ianya membawa maksud idea, fikiran, ikhtiar, tipu, muslihat, helah.

Dalam  Kod P.Ramlee sebarang penemuan sebegini, hanya makna yang baik sahaja yang akan diambilkira kerana memang menjadi naluri manusia, sifat semulajadi makhluk atau fitrahnya adalah baik dan suci bersih kejadiaannya. Oleh itu mengambil atau menggunakan maksud yang positif sahaja bagi maksud kod ini. 

Sekiranya maksud negatif yang dipilih ianya dianggap penyelewengan dan tidak dibenarkan sama sekali. Buang yang keruh ambillah yang jernih, baru teguh peribadi.