KOD P.RAMLEE - Mohon kerjasama anda dalam memberikan pandangan yang bernas itu secara bertulis di ruangan KOMEN untuk sama-sama kita mengambil pedoman dan mendapat kebaikannya.
Tuesday, March 24, 2020
Kekuatan Dalaman Yang Sedia Ada - Penemuan 2
ALLAH, ISLAM, NABI, GURU, AMAN, ATMA, BANGGA, BARU, BIJAK, DANA, JAGA, KAGUM, KUASA, MAKSUM, MARAK, MARTABAT, MASA, MATANG, MURNI, PINTAR, SANGGUP, SEDIA, TAS, TERAS
Sebenarnya dalam jiwa nurani kita telah sedia ada kehebatan yang ramai yang tidak menyedari. Ibarat sebiji telur ayam yang dieram, sebaik menetas yang keluar ialah anak ayam yang sudah sedia bersifat ayam tanpa perlu diajar untuk mematuk makanan. Ayam itu hadir dengan sifat keayamannya kerana itulah hakiki untuk kejadiannya.
Monday, March 23, 2020
Thursday, March 19, 2020
Makna PHD Untuk Anda
Biarpun dari segi akademik kita belajar tidak sampai peringkat PHD tetapi kita mampu memiliki sesuatu yang amat berharga. Hanya orang yang benar-benar bertuah dapat memiliki PHD ini. Hanya insan yang benar-benar mengenali dirinya sahaja yang akan dapat memilikinya.
Orang yang hidupnya mengutamakan agama akan dapat memberi faedah dan keberuntungan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara serta kebaktian untuk faedah sejagat.
Kunci utama kepada kejayaan ialah benar, jujur, amanah, bijaksana.
Saturday, March 14, 2020
BAHASA ADALAH SESUATU YANG ARBITRARI
Bahasa itu adalah merupakan suatu alat pertuturan yang digunakan untuk berkomunikasi secara lisan akhirnya untuk memudahkan penyampaian dalam bentuk bertulis. Maka lahirlah simbol-simbol dan perlambangan yang mewakili sebutan dan makna. Ianya menjadi perkataan apabila digabungkan.
Sudah tentu dalam sebegitu banyak perbualan terdapat juga penyebutan yang 100 peratus serupa ejaannya, tetapi mempunyai makna yang berbeza. Persamaan ejaan dan sebutan itu membawa maksud yang berbeda. Ada yang maknanya baik dan ada yang maknanya tidak baik. Erti yang tidak sama inilah yang disebut arbitrari.
Sudah tentu dalam sebegitu banyak perbualan terdapat juga penyebutan yang 100 peratus serupa ejaannya, tetapi mempunyai makna yang berbeza. Persamaan ejaan dan sebutan itu membawa maksud yang berbeda. Ada yang maknanya baik dan ada yang maknanya tidak baik. Erti yang tidak sama inilah yang disebut arbitrari.
Arbitrari itu bermaksud satu bentuk yang mempunyai pengertian lebih dari satu, contohnya; AKAL ... ianya membawa maksud idea, fikiran, ikhtiar, tipu, muslihat, helah.
Dalam Kod P.Ramlee sebarang penemuan sebegini, hanya makna yang baik sahaja yang akan diambilkira kerana memang menjadi naluri manusia, sifat semulajadi makhluk atau fitrahnya adalah baik dan suci bersih kejadiaannya. Oleh itu mengambil atau menggunakan maksud yang positif sahaja bagi maksud kod ini.
Sekiranya maksud negatif yang dipilih ianya dianggap penyelewengan dan tidak dibenarkan sama sekali. Buang yang keruh ambillah yang jernih, baru teguh peribadi.
Friday, March 13, 2020
ARAH TUJU KEBERUNTUNGAN
ARAH TUJU KEBERUNTUNGAN
Semoga
melalui maklumat yang saya sampaikan dalam buku ini, anda bakal menemui jati
diri yang sebenar, kukuh, berintegriti dan mempunyai kekuatan dalaman yang
hebat. Ramai yang tercari-cari dan telah menemui tetapi ragu-ragu untuk
mengakuinya. Akhirnya, penemuan itu hanyalah sentuhan sambil lalu sahaja.
Jika
anda gagal untuk mengetahui identiti, kekuatan dalaman anda, anda adalah
seumpama seekor harimau yang tidak menyedari anda itu adalah seekor harimau,
bahkan anda menyangka anda hanyalah seekor kucing dan paling menyedihkan apabila
anda sendiri mengakui sewaktu ada orang mengatakan anda adalah seekor tikus.
Saturday, March 7, 2020
KOD P.RAMLEE - Mohd Zan
Seorang sahabat, yang merupakan seorang penggiat seni drama ... penulis skrip drama radio tersohor (untuk belajar tulis skrip)... minta saya untuk cari perkataan tersembunyi dalam kod p.ramlee untuk namanya. Berikut adalah penemuan dari analisa rawak yang saya lakukan ...
Anda juga boleh mendapatkan perkataan baik yang tersembunyi itu ... boleh mencuba atau boleh kirimkan nama anda kepada saya untuk saya buat analis rawak... Nama anda sahaja ... satu orang untuk satu nama sahaja.
MOHD ZAN MAT ALI, AKMAL, ATUR, BAGUS, BANGGA, BIJAK, BUDI, GURAU, ISLAM, RAGA, JASA, MUTAI, MAKMUR, MAKNA, MANTAP, MATANG, PANTAS, SABAR, SAMARATA, SEGAK, SENI, RUANG.
Anda juga boleh mendapatkan perkataan baik yang tersembunyi itu ... boleh mencuba atau boleh kirimkan nama anda kepada saya untuk saya buat analis rawak... Nama anda sahaja ... satu orang untuk satu nama sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)